Welcome you are visitor no

Saturday, 28 December 2013

CASTOR OIL UNTUK SENDI LUTUT

Pada tahun 2010, kerana penambahan berat badan yang mendadak dan kerjaya yang memerlukan saya berdiri berjam jam, saya mengalami sakit sendi di bahagian lutut. Suatu ketika saya sedang duduk dan cuba berdiri, lutut saya sangat sakit dan saya tidak mampu untuk berdiri tegak. Ianya sangat sakit dan saya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk berdiri dengan tegak.

Malam itu, saya melayari internet dan mencari penawar sakit lutut, ianya membawa saya ke pautan tentang castor oil dan kegunaannya. Salah satunya ia dikatakan mampu meringankan sakit sendi.

Ia kemudian menjadi misi saya untuk mencari minyak ini, namun setiap gedung farmasi yang dilawati tidak menyimpan minyak ini. Saya cuba mencari di kedai runcit India yang dikatakan menjualnya namun masih gagal.

Beberapa bulan kemudian saya telah mendapatkan minyak ini dari Amerika Syarikat. Ia adalah dari jenama yang terkemuka iaitu Heritage Product. Setelah mendapatkannya, saya terus mencuba minyak tersebut. Saya banyak menonton youtube tentang cara2 menggunakan castor oil. Ternyata selepas 2 kali meggunakan keadah castor pack, sakit lutut yang saya alami telah hilang.. Saya agak sukar mempercayainya kerana kesannya yang begitu pantas. Walau bagaimana pun saya amat bersyukur sekali kerana ternyata ia berkesan untuk saya.

Sesekali apabila bila sendi lutut saya sakit, saya melakukan keadah castor oil pack, dan ianya memang tidak menghampakan saya.


Credits to : Mary

No comments:

Post a Comment